Thursday 15 December 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DI SK DAN SMK PERLU DIBEZAKAN


KUALA LUMPUR, 14 Dis - Falsafah dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah perlu mempunyai perbezaan bagi memastikan pembelajaran yang lebih fokus mengikut kumpulan sasar, kata seorang pakar pendidikan.

Profesor Pusat Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Rosnani Hashim berkata perbezaan itu penting kerana apa yang perlu dicapai oleh pelajar di sekolah rendah dan menengah tidak sama berikutan perbezaan usia.

SBPA AMBIL KIRA PANDANGAN PELBAGAI PIHAK

KUALA LUMPUR, 15 Dis - Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya diberi pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk penjawat awam sendiri.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata antara platform konsultasi ialah persatuan perkhidmatan awam, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK)."Kita juga mengambil kira pengalaman dan masalah yang dialami oleh penjawat awam sendiri di peringkat agensi, misalnya soal gaji maksimum, kenaikan pangkat dan kenaikan gred... perkara ini semua kita kaji.

Thursday 8 December 2011

PERHATIAN kepada semua warga pendidik dan staf SK Raja Chulan
anda dikehendaki hadir ke sekolah bagi mendengar taklimat dan menandatangani borang opsyen SBPA pada:
Tarikh : 20/12/2011
Hari : Selasa
Tempat: Bilik Dato Sagor
kehadiran adalah wajib..
sebarang masalah sila berhubung terus dengan Guru Besar Tn. Hj. Ismail di talian 019-5736761

Wednesday 30 November 2011

KISAH DAN TAULADAN:Lima perkara aneh.


"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

KISAH DAN TAULADAN :Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

KISAH DAN TAULADAN :Tujuh perkara ganjil.


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

KISAH DAN TAULADAN :Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Pencapaian Cemerlang UPSR 2011


Pencapaian Cemerlang UPSR 2011 from zamrikamil on Vimeo.

Majlis Restu & Aku Janji UPSR SKRC 2011

Majlis Restu & Aku Janji UPSR SKRC 2011 from zamrikamil on Vimeo.

Majlis Khatam Al Quran SKRC 2011

Majlis Khotam Al Quran SKRC 2011 from zamrikamil on Vimeo.

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat skrc 2011

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat skrc 2011 from zamrikamil on Vimeo.

Sambutan Maulidur Rasul

14 Feb - Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan secara sedrhanan tahun ini. Majlis dimulakan dengan bacaan salawat bagi mengingati Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Kemudian majlis diteruskan dengan tayangan slaid sirah kehidupan nabi Muhammad s.a.w dan kuiz.

Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.
Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu: