Thursday 15 December 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DI SK DAN SMK PERLU DIBEZAKAN


KUALA LUMPUR, 14 Dis - Falsafah dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah perlu mempunyai perbezaan bagi memastikan pembelajaran yang lebih fokus mengikut kumpulan sasar, kata seorang pakar pendidikan.

Profesor Pusat Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Rosnani Hashim berkata perbezaan itu penting kerana apa yang perlu dicapai oleh pelajar di sekolah rendah dan menengah tidak sama berikutan perbezaan usia.

SBPA AMBIL KIRA PANDANGAN PELBAGAI PIHAK

KUALA LUMPUR, 15 Dis - Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya diberi pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk penjawat awam sendiri.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata antara platform konsultasi ialah persatuan perkhidmatan awam, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK)."Kita juga mengambil kira pengalaman dan masalah yang dialami oleh penjawat awam sendiri di peringkat agensi, misalnya soal gaji maksimum, kenaikan pangkat dan kenaikan gred... perkara ini semua kita kaji.

Thursday 8 December 2011

PERHATIAN kepada semua warga pendidik dan staf SK Raja Chulan
anda dikehendaki hadir ke sekolah bagi mendengar taklimat dan menandatangani borang opsyen SBPA pada:
Tarikh : 20/12/2011
Hari : Selasa
Tempat: Bilik Dato Sagor
kehadiran adalah wajib..
sebarang masalah sila berhubung terus dengan Guru Besar Tn. Hj. Ismail di talian 019-5736761