KUALA LUMPUR, 14 Dis - Falsafah dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah perlu mempunyai perbezaan bagi memastikan pembelajaran yang lebih fokus mengikut kumpulan sasar, kata seorang pakar pendidikan.
Profesor Pusat Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Rosnani Hashim berkata perbezaan itu penting kerana apa yang perlu dicapai oleh pelajar di sekolah rendah dan menengah tidak sama berikutan perbezaan usia.
"Di peringkat sekolah rendah lebih baik kita terapkan tentang asas bacaan Al-Quran, pembentukan akhlak, karakter, sahsiah dan perkara-perkara asas berkaitan," katanya.
Bagi pelajar sekolah menengah, mereka perlu dididik menghadapi cabaran dunia hari ini melalui subjek pendidikan seks yang wajar diajar di sekolah menengah termasuk cara menggunakan internet agar tidak terpengaruh dengan elemen negatif, katanya kepada pemberita selepas Muzakarah Pakar bertemakan 'Keberkesanan Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan: Satu Penilaian Ke Arah Pemerkasaan di Institut Kefahaman Islam (IKIM) di sini.
Beliau berkata sekiranya falsafah ini tidak dibezakan dan prinsipnya tidak diperjelaskan, hasil pembelajaran juga sekaligus tidak dapat dibezakan.
"Perlu kita tuliskan falsafah Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah dengan menyatakan apa yang kita ingin capai daripada pelajar di akhir tahap peringkat persekolahannya.
Menurutnya, tahap keperluan pelajar dalam Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah perlu dikenal pasti agar sukatan pelajarannya dapat difokuskan.
"Mungkin kita inginkan pelajar sekolah rendah tahu asas bahasa Arab, asas membaca Al-Quran, pupuk akhlaknya dan sebagainya sementara di peringkat menengah tahap sukatan pelajarannya pula perlu lebih releven dengan cabaran masa kini terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan mengenai masalah gejala sosial.
"Katakan kita nakkan hasil daripada pembelajaran ini, pelajar boleh berfikir secara kritis mengikut konteks dan dengan ini, pelajar terbabit boleh mengaplikasikannya untuk membuat keputusan dalam hidup mereka,' katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Abdullah Md Din berkata kementerian sentiasa menyemak pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah dan menengah bagi memastikan ia kekal relevan mengikut arus perubahan semasa.
"Jadi sebarang perubahan yang berlaku dalam sistem Pendidikan Islam kita, hanya akan dibuat mengikut kesesuaian," katanya.
Sebelum itu, pada pembentangkan kertas kerjanya mengenai 'Falsafah dan Pendekatan Pembinaan Kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Islam', beliau berkata semua sekolah rendah di seluruh negara bakal melaksanakan program j-QAF menjelang 2016.
"Sehingga 2006 sebanyak 2,442 buah sekolah rendah telah terlibat dengan pelaksanaan program tersebut.
"Program j-QAF yang dilaksanakan pada 2005 diperkenalkan sebagai usaha memperkukuh dan memperkasa Pendidikan Islam bagi membolehkan murid-murid khatam Al-Quran, menguasai jawi dan asas Bahasa Arab serta menghayati fardhu ain,' katanya.
Majlis muzakarah sehari anjuran Ikim itu bermatlamat memperhalusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut Pendidikan Islam dan meneliti langkah-langkah penambahbaikan menyeluruh untuk memperkukuh mata pelajaran tersebut.
Antara pembentang kertas kerja pada majlis tersebut termasuk Prof Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri dari Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Felo Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Ikim Dr Mohd Farid Mohd Sharan.
- BERNAMA

No comments:
Post a Comment