Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN Dalam usaha mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan dan Wawasan Sekolah, kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh, dengan penuh tanggungjawab menjanjikan usaha yang berterusan untuk: 1. Mewujudkan suasana sekolah yang ceria, tenteram dan berdisiplin. 2. Meningkat dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menjayakan PPSMI, KBSR, KSSR, Memperkasa Sekolah dan Program MBMMBI. 3. Menentukan keseluruhan perjalanan pengurusan sekolah dan mekanismanya dapat berjalan dengan lancer dan sempurna. 4. Memberi layanan yang mesra dan bantuan segera kepada setiap individu yang berurusan dengan sekolah. 5. Mewujudkan sistem keterbukaan dan hubungan rapat dengan pihak ibubapa/penjaga dan komuniti. 6. Memberi penghargaan yang tinggi kepada pencapaian IQ, EQ dan juga prestasi guru dan pelajar. 7. Memberi keutamaan kepada segala usaha dan aktiviti yang menganjurkan penerapan nilai-nilai murni 8. Mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan dari mana-mana pihak demi peningkatan perkhidmatan dan prestasi sekolah di peringkat Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment