"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi
suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap
kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu
hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang
banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya
mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu
suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit
ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja."
No comments:
Post a Comment