Wednesday, 30 November 2011
KISAH DAN TAULADAN:Lima perkara aneh.
"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
KISAH DAN TAULADAN :Berkat di sebalik membaca Bismillah.
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi
suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap
kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
KISAH DAN TAULADAN :Tujuh perkara ganjil.
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa
dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk
bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa
mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang
sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
KISAH DAN TAULADAN :Rasulullah SAW dengan sebiji limau.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang
melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Sambutan Maulidur Rasul
14
Feb - Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan secara sedrhanan tahun
ini. Majlis dimulakan dengan bacaan salawat bagi mengingati Nabi
junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Kemudian majlis diteruskan
dengan tayangan slaid sirah kehidupan nabi Muhammad s.a.w dan kuiz.
Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.
Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut
Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5
perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan,
iaitu:
Subscribe to:
Posts (Atom)